An untitled (for now) short story..(maybe, haha)

I’ve started writing again after a looooong long time. Here’s the story 🙂

Putih. Biru. Kelabu. Hitam.

Hana merenung langit yang tadinya cuma berona biru dan putih itu menerima tetamu; sang hitam dan kelabu. Dia sedang berbaring di atas bukit dengan lengan kanannya didahi. Fikirannya masih melayang-layang meski hari sudah beransur hendak memuntahkan titisan hujan. Dia nampak. Bukannya dia tidak nampak tapi entah kenapa fakta itu bagai tidak sampai ke otaknya. Begitu terkesan dia dengan kejadian di cafeteria sekolah tadi. Selalunya dia tidak akan ambil peduli kata-kata orang tapi hari ini lain. Kata-kata itu begitu menusuk hatinya. Bisa. Bagai dihiris sejuta pedang.

“Kalau macam ni lah kau hidup, Hana, seorang lah kau sampai ke tua!”

Hana rasakan dadanya panas. Tak. Hatinya yang panas. Membuak. Lengannya lantas diletakkan diatas mata. Mari ku beritahu sesuatu tentang Hana padamu, kawan. Hana berusia 19 tahun. Penampilannya biasa-biasa saja, normal senormal orang lain. Sekurang-kurangnya pada fikirannya dia normal. Dia suka membaca buku. Dia tidak suka memakai beg tangan. Dia tidak suka memakai kasut perempuan. Tunjukkan saja dihadapannya, pasti dibuangnya. Dia suka memakai sneakers. Dia keras kepala. Dia tidak suka bergaul. Bahkan antara sebab dia suka membaca buku adalah supaya dia tidak perlu bergaul dengan orang. Dia tidak selesa bila terpaksa berinteraksi dengan orang. Dia tiada kawan kerana dia rasa dia selalu menyusahkan orang. Jadi lebih baik sendiri. Rakan-rakannya dikelas mempunyai satu tradisi. Setiap semester mereka akan mengira berapa patah perkataan yang akan Hana ucapkan sepanjang semester itu, tolak ketika pembentangan.

Setakat ini, 20 patah perkataan adalah yang terpanjang mereka pernah dengar. Itupun sebenarnya tidak boleh dikatakan 20 kerana kebanyakkannya adalah kerana pensyarah mereka meminta Hana mengulangi kata-katanya tentang kenapa Hana terlambat datang satu hari itu.

Hana mengeluh berat. Dia memejam mata, cuba meredakan dadanya yang berombak dengan mendengar bunyi alam. Dia mendengar deruan angin yang terasa sejuk di kulitnya. Dia mendengar nyanyian burung yang seolah-olah bercerita rancak mengenai kehidupan. Hana semakin tertekan dengan fikiran itu. Burung lebih pandai bercerita daripadanya. Dia terasa seperti seorang loser. Lamunannya terhenti bila dia merasa titisan hujan dikulitnya. Hana tersentak lantas mengangkat lengannya dari matanya. Alamak..fikirnya. memang sah dia akan basah hari ini. Dia mengambil keputusan untuk membiarkan saja. Dia masih ingin berbaring di atas bukit kesukaannya itu. Biarlah hujan temani dia hari ini. Bukannya ada apa-apa yang perlu dirisaukannya. Telefon bimbit? Dia mana ada telefon bimbit. Buku? Semuanya didalam loker. Bajunya pula? Apa dia peduli. Sedang asyik melayan perasaan, dia digamit hairan bila dia tidak lagi merasakan titisan hujan dibadannya.

‘Dah tak hujan ke?’ fikirnya. ‘Tapi bunyinya masih ada!’ Hana mengalih lengannya dari mata dan alangkah terperanjatnya dia apabila melihat seorang lelaki sedang merenungnya sambil tersenyum dari atas, tangannya memegang payung. Matanya membulat.

‘Sapa pulak mamat ni??’ teriaknya dalam hati.

____________________________________

Hana bengang. Kakinya sengaja dihentakkannya kelantai ketika berjalan. Langkahnya panjang. Mukanya merah. Dia kini berada di kampus, menuju lokernya. Orang yang melihat Hana terus menyingkir ke dinding, ketakutan melihat Hana yang seperti hendak memakan sesiapa sahaja yang menghalang laluannya.

“Wahhh, tempat ni lagi cantik dari yang aku bayangkan lah! Eh tu bilik apa ha?” kedengaran satu suara lelaki dibelakang Hana. Hana semakin mempercepatkan langkahnya. ‘Sabar Hana, sabar..’ fikirnya.

“Aku lapar lah. Jomlah makan kat kafeteria. Kau dah makan ke?” soal lelaki itu lagi. ‘Sabar..fikirkan tentang Pau inti hitam! Ya, pau inti hitam! Pau inti hitam..pau inti hitam..’

“Library kat mana ha? Banyak tak buku kat sini?” Hana rasa hendak lari saja waktu itu.

“Eh lupa pulak! Aku mesti melapor dulu! Kat mana admin korang?” Hana tiba-tiba berpaling. Lelaki dari bukit itu terhenti, sedikit terkejut dengan tindakan Hana yang tiba-tiba. Hana merenung tajam ke arah lelaki itu. Kalau renungan dapat membunuh, lelaki itu memang sudah mati kira-kira enam kali hari ini. Perlahan rona wajah lelaki itu bertukar dari terkejut kepada tenang. Dia merenung kembali muka Hana yang seperti ingin melontarnya ke jendela. Boleh mati dia. Perlahan satu senyuman terukir dibibirnya. Senyuman itu kemudian menjadi sengihan. Tidak lama kemudian lelaki itu tiba-tiba ketawa.

Hana bingung. ‘Gila agaknya!’ fikirnya. Pelajar lain kehairanan melihat apa yang berlaku didepan mereka. Lelaki itu terus-terusan tertawa. Bengang, Hana menyilang tangannya ke dada. Kirainya terangkat sebelah. ‘Apa kena dia ni?’ fikirnya.

Lelaki itu masih lagi ketawa. Perutnya sudah sakit akibat terlalu keras ketawa. Dia geli hati melihat muka Hana yang merah. Sejak mereka turun dari bukit lagi dia cuba berbicara dengan Hana tapi gadis itu tidak mengendahkannya. Dia paling tidak suka apabila soalannya tidak dijawab. Kerana geram, dia terus-terusan bertanya kepada Hana. Dia mahu Hana menjawab. Lelaki itu mengesat airmatanya yang mengalir. ‘Alih-alih memang pecah perut aku hari ni!’ bisiknya. Hana semakin marah. Dia bingung. Apa yang lelaki ini ketawakan sebenarnya? Mukanya sudah semakin merah dan semakin lagi memerah apabila lelaki itu masih tidak lagi berhenti ketawa malah semakin galak pula mentertawakannya.

Geram, Hana menendang kaki lelaki itu dengan kuat.

“Weh!!” Lelaki itu pantas mengangkat kakinya dan menggosok-gosoknya. Ngilu! “Apa ni tendang-tendang orang?” soalnya.

“Yang kau ketawakan aku apasal?!” bentak Hana. Pelajar-pelajar lain terkejut. Kedengaran mereka berbisik-bisik sesama sendiri. Lima! Lima! Itu bisikan mereka. Lelaki tadi kehairanan mengapa pelajar lain seperti terperanjat mendengar Hana berbicara. Tangannya masih lagi menggosok-gosok kakinya.

“Sebab kau kelakar.” Jawabnya kembali sambil tersengih. Hana rasa hendak mengambil saja penyapu yang tersandar didinding itu dan menyapu muka mamat yang tidak dikenalinya itu. Literally ‘sweeping the grin off his face’!

“Apa yang kelakar?!” soal Hana lagi. Pelajar lain semakin terkejut. Ada yang sampai menekup mulut. Lelaki itu mengangkat kening sambil mengerling pelajar-pelajar lain itu. ‘Apa yang hairan sangat ni?’ bisik hatinya tapi dibiarkannya saja. Buat masa ini dia ingin menyakat dahulu gadis yang ada didepannya ini tapi telinganya masih dapat menangkap bisikan pelajar-pelajar lain. Tiga! Dah lapan! Lapan! Sehari dah lapan!

“Aku ingat kau tak pandai nak cakap apa-apa. Rupanya pandai marah jugak ye?” jawabnya sambil mengenyitkan matanya pada Hana. Hana semakin rasa marah. Hendak saja dicungkilnya mata lelaki yang tidak dikenalinya itu. Tangannya sudah digenggamnya menjadi penumbuk tapi kemudian dilepaskannya kembali. Setelah menghela nafas panjang, dia berpaling lalu pergi.

“Nama aku Arif!” laung lelaki itu. Hana semakin mempercepatkan langkah. “Jumpa lagi ye, Cik Pelik!!”

‘Oh I give up!!’ teriak Hana dalam hati. Hentak kakinya semakin kuat dan laju.

 

To be continued….

And oh, sorry kalau ada bahasa yang tidak difahami. i didn’t check after I wrote this. Muahaha.

 

Aku sudah sedia.

Waktu itu aku sedang celaru
Tangan menggeletar
Hati pun haru
Membuak sebak didada
Airmata tumpah tak tertunda

Aku kalah
Pada sebuah kehilangan
Dihujani pedang tajam
Manefestasi sebuah pengkhianatan
Dan aku pun tertikam..
Habis luka semuanya..

Kau tiba-tiba datang..
Aku terkedu
Kerana matamu pun penuh pilu
Lukamu sama dengan lukaku
Jemarimu juga menggeletar
Airmatamu juga berlinang..

Aku terkesan denganmu
Dan hatiku pun mula teriak,
‘Mahukah kau sembuh bersamaku?’

Rambling. Or is it?

And so it has been a year..they say, after the rain, there’s always a rainbow. still waiting for that rainbow 🙂
why does love hurts this much?
my conscience told me to stop.
my heart told me to wait.
i’ll trust neither this time.
i’ll leave it to Allah.

Benci.

Kadang aku menyendiri bila rindu itu melimpah-ruah. Sakit. Dan aku mula membenci rasa itu.

Kacau.

Aku tak tahu apa yang ku tunggu ketika melihat penghujung jalan itu. Kelibatmu kah? Atau aku mengharap kau tak pernah muncul lagi? Bencikah aku padamu? Atau sebenarnya aku rindu? 3 malam mimpikan dirimu membuat aku rasa sakit. Jika mampu ku putar waktu, mungkin lebih baik jika aku tak pernah mengenalmu..biar sendiri, sekurang-kurangnya hatiku takkan kacau begini.

Have.to.get.this.off.of.my.chest.

The reason why i felt so much pain from losing you is that you were the one who taught me love, but in the end you were the one who took it away from me. And because of you i have a hard time trusting anyone. Because of you i lost so much. Because of you i cannot love without being afraid. I am trying to become stronger. I struggle so much. I want to forget you. I hate you but i love you.

Random? Not really.

So i was browsing facebook just now and i saw that one of my junior got engaged. Happy for her eventhough i’m not close with her. So I’m not really sure what happened to me after that..my heart just went berserk and the pain was just tormenting. Maybe, just maybe, the thought of nearly voicing out our desire of getting betrothed to our families saddens me so much. Well, that’s so much better than longing for you back. Waaaaay much better. I gotta get some sleep. Then maybe the pain will go away.

Ongoing~

i am hopeful.

Surprise, surprise!

Thank you to my friends for the lovely cake. Twas delicious. ❤

Eid Miilaadie.

I’m 22nd today. Alhamdulillah. Somehow it hurts since yesterday..and i just burst into tears without any reason. I do not understand but i think i’ll just cry my heart out. 🙂